Thursday 19 July 2012

Temasya Sukan TEMAN 2012

Sukaneka tadika tahun ni kami namakan Temasya Sukan atau ringkasnya TEMAN 2012. Kalau tahun dulu-dulu hanya pelajar tadika 4 hingga 6 tahun terlibat, kali ini pelajar MAFIST tahun 1 & 2 terlibat sama. Lagi ramai lagi meriah.

TEMAN 2012 berlangsung pada Sabtu, 14 Julai 2012. Mula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari lebih kurang.

Buat di tempat biasa, Padang Pusat Kejiranan Presint 9 yang ada kolam renang  kanak-kanak tu. Dekat, semua orang pun tau, parking je la susah sikit.

Parents mula daftar 8.00 pagi. Mula acara 8.30 pagi. Cuaca elok, ada mendung sikit-sikit, angin sepoi-sepoi bahasa. Alhamdulillah. Kerusi parents bawah pokok, memang sesuai.

Satu khemah sebelah kanan, satu lagi khemah sebelah kiri. Acara sukaneka di tengah-tengah. Acara futsal dan captain ball jauh sikit di tengah padang.

Anak-anak semua happy, ibubapa pun sporting. Ramai yang join acara melibatkan ibubapa. 

























Friday 6 July 2012

BORANG TAFIST dan TASKA/TRANSIT 2013

Untuk ibubapa yang ingin mendaftar anak masuk ke taska/transit dan tadika, sila gunakan borang seperti di bawah ini. TAFIST (tadika) menerima pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun. Play school untuk pelajar 4 tahun.

Manakala Taska Ehsan Budi (taska/transit) hanya menerima anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun. Minta maaf,  kami tidak dapat menerima baby dan anak-anak kurang daripada 4 tahun kerana ruang rumah kurang luas dan tidak mengizinkan.

Waktu penjagaan taska/transit bermula 11.00 pagi iaitu selepas habis kelas tadika sebelah pagi hingga 6.00 petang. Jika lewat ambil lebih daripada 6.00 petang ada sedikit tambahan bayaran upah menjaga anak-anak.

Untuk pelajar BARU, sila gunakan kedua-dua Borang Daftar TAFIST A (muka 1 dan muka 2) dan Borang Daftar TAFIST B.

Untuk pelajar LAMA, sila gunakan Borang Daftar TAFIST B sahaja.








Thursday 5 July 2012

BORANG MAFIST 2013

Untuk pendaftaran pelajar ke MAFIST tahun 2013, ada dua borang. Kedua-dua dalam format Jpeg seperti di bawah ni.

Untuk pelajar BARU sila isi kedua-dua borang, Borang Daftar MAFIST A dan Borang Daftar MAFIST B.

Untuk pelajar LAMA, isi satu borang sahaja iaitu Borang Daftar MAFIST B.