Thursday 27 November 2014

Hari Orientasi Pelajar Baru Tadika, TRANSIT Tadika & PERUBAHAN Hari Mula Sesi Persekolahan 2015

PERUBAHAN SESI 
PERSEKOLAHAN 2015

Hari Orientasi Tadika
3 Januari 2015, Sabtu
@ 8.00 AM - 12.00 PM
(PELAJAR BARU Tadika sahaja)

TRANSIT Tadika
BERMULA 5 Januari 2015, Isnin
@ 7.30 AM - 6.00 PM
(PELAJAR TRANSIT Tadika sahaja)

Mula Persekolahan 2015
12 Januari, Isnin
@ 8.00 AM (Tadika)
@ 2.30 PM  (KAFA) 
Kelas Al Quran



Sekian, harap maklum




Tuesday 25 November 2014

PROGRAM CUTI SEKOLAH : Kita Khalifah Bakal Daie


PROGRAM CUTI SEKOLAH :  Kita Khalifah Bakal Daie, dijalankan di MAFIST sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2014. 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 
                    MAFIST            03-8889 4607
                    Ustaz Azrif        017-551 7963
                    Ustazah Izzati    019-546 4465
Borang Penyertaan dan aturcara program adalah seperti di bawah :


Monday 8 September 2014

PENDAFTARAN 2015 DIBUKA BERMULA 1 OKTOBER 2014



Pendaftaran pelajar-pelajar baru dan lama Tadika Islam Muhammad Al Fateh (TAFIST) dan Sekolah Agama & Tahfiz Muhammad Al Fateh (MAFIST) akan dibuka bermula 1 Oktober 2014. 

Untuk pelajar-pelajar lama, Borang Pendaftaran 2015 telah diedarkan kepada semua pelajar di dalam kelas masing-masing. 

Manakala untuk pelajar-pelajar baru, ibubapa boleh mencetak Borang Pendaftaran 2015 di dalam blog ini atau mengambilnya di pejabat MAFIST. 

Borang yang telah siap diisi boleh dihantar ke pejabat MAFIST bermula 1 Oktober 2014.

Sila sertakan sekali 3 keping foto pelajar bersaiz passport dan 1 salinan Mykid atau Sijil Lahir.



Thursday 12 June 2014

Sambutan Hari Guru

Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Jumaat, 16 Mei 2014. Dua sesi sambutan diadakan. Pada sebelah pagi para pelajar TAFIST meraikan guru-guru mereka di Dewan Orang-ramai, Fasa 12, Presint 9. Pada sebelah petang pula, para pelajar MAFIST bersama-sama guru-guru mereka meraikan Hari Guru di tempat yang sama.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.  Ada persembahan solo dan berkumpulan. Inilah peluang untuk guru-guru menunjukkan bakat masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan pot luck yang dibekalkan oleh ibubapa kepada para pelajar.



























MEMO : Penyerahan buku rekod & Masa Pengajian Sepanjang Ramadhan 1435


Wednesday 4 June 2014

Kem Smart Muslim 2014

MAFIST telah menjalankan program Kem Smart Muslim 2014. Program berlangsung di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka daripada 2 hingga 4 Mei 2014.

Antara matlamat program ialah melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah swt, memberi kesedaran akan tanggungjawab seorang insan, melatih anak-anak meningkatkan potensi diri, membimbing ke arah penghayatan Islam, membentuk budi pekerti dan akhlak yang baik serta melatih kepimpinan, kematangan berfikir dan semangat berkerjasama.

Seramai 40 pelajar MAFIST daripada tahun 2 hingga tahun 6 menyertai program tersebut. Program dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru MAFIST.  Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar.