Thursday 12 June 2014

Sambutan Hari Guru

Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Jumaat, 16 Mei 2014. Dua sesi sambutan diadakan. Pada sebelah pagi para pelajar TAFIST meraikan guru-guru mereka di Dewan Orang-ramai, Fasa 12, Presint 9. Pada sebelah petang pula, para pelajar MAFIST bersama-sama guru-guru mereka meraikan Hari Guru di tempat yang sama.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.  Ada persembahan solo dan berkumpulan. Inilah peluang untuk guru-guru menunjukkan bakat masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan pot luck yang dibekalkan oleh ibubapa kepada para pelajar.



























MEMO : Penyerahan buku rekod & Masa Pengajian Sepanjang Ramadhan 1435


Wednesday 4 June 2014

Kem Smart Muslim 2014

MAFIST telah menjalankan program Kem Smart Muslim 2014. Program berlangsung di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka daripada 2 hingga 4 Mei 2014.

Antara matlamat program ialah melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah swt, memberi kesedaran akan tanggungjawab seorang insan, melatih anak-anak meningkatkan potensi diri, membimbing ke arah penghayatan Islam, membentuk budi pekerti dan akhlak yang baik serta melatih kepimpinan, kematangan berfikir dan semangat berkerjasama.

Seramai 40 pelajar MAFIST daripada tahun 2 hingga tahun 6 menyertai program tersebut. Program dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru MAFIST.  Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar.