Thursday, 3 September 2015

PENDAFTARAN SESI TAHUN 2016

Pendaftaran untuk sesi tahun 2016 boleh dibuat secara online di laman mafist.com.

Untuk pelajar tadika, sila mendaftar di Tadika Muhammad Al Fateh dan untuk pelajar KAFA tahun 1 hingga tahun 6 sila mendaftar di Sekolah Agama & Tahfiz Muhammad Al Fateh.

Ibubapa daripada masa ke semasa boleh menyemak status permohonan mereka di laman yang sama.

Kami in sya'a Allah akan menghubungi ibubapa sekiranya anak berjaya permohonannya untuk belajar di MAFIST.

Untuk pertanyaan berkenaan yuran dan lain-lain kemusykilan, ibubapa boleh menghubungi pejabat MAFIST di talian 03-8889 4607.

Sekian, terima kasih.


Sunday, 5 April 2015

Lawatan pelajar-pelajar TAFIST ke BOMBA, Putrajaya

Pelajar-pelajar TAFIST 4, 5 dan 6 tahun diiringi oleh guru-guru tadika telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat, Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia. Tarikh lawatan, 11 Mac 2015, Rabu. Seramai lebih daripada 150 pelajar menyertai lawatan tersebut. 

Awal-awal pagi pelajar telah bersedia untuk menaiki bas BOMBA untuk ke sana. Seronok mereka menyertai aktiviti luar. Selain penerangan daripada pegawai-pegawai BOMBA, para pelajar juga melakukan aktiviti-aktiviti mencegah dan menghadapi kebakaran. Macam-macam aktiviti mereka buat. Lihat foto-foto di bawah. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Jabatan BOMBA dan semua pegawai-pegawai BOMBA yang terlibat kerana sudi menjemput dan melayan kami. Banyak ilmu yang kami dapat. Pelajar-pelajar seronok, cikgu-cikgu pun sama. 



















Thursday, 27 November 2014

Hari Orientasi Pelajar Baru Tadika, TRANSIT Tadika & PERUBAHAN Hari Mula Sesi Persekolahan 2015

PERUBAHAN SESI 
PERSEKOLAHAN 2015

Hari Orientasi Tadika
3 Januari 2015, Sabtu
@ 8.00 AM - 12.00 PM
(PELAJAR BARU Tadika sahaja)

TRANSIT Tadika
BERMULA 5 Januari 2015, Isnin
@ 7.30 AM - 6.00 PM
(PELAJAR TRANSIT Tadika sahaja)

Mula Persekolahan 2015
12 Januari, Isnin
@ 8.00 AM (Tadika)
@ 2.30 PM  (KAFA) 
Kelas Al Quran



Sekian, harap maklum




Tuesday, 25 November 2014

PROGRAM CUTI SEKOLAH : Kita Khalifah Bakal Daie


PROGRAM CUTI SEKOLAH :  Kita Khalifah Bakal Daie, dijalankan di MAFIST sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2014. 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 
                    MAFIST            03-8889 4607
                    Ustaz Azrif        017-551 7963
                    Ustazah Izzati    019-546 4465
Borang Penyertaan dan aturcara program adalah seperti di bawah :


Monday, 8 September 2014

PENDAFTARAN 2015 DIBUKA BERMULA 1 OKTOBER 2014



Pendaftaran pelajar-pelajar baru dan lama Tadika Islam Muhammad Al Fateh (TAFIST) dan Sekolah Agama & Tahfiz Muhammad Al Fateh (MAFIST) akan dibuka bermula 1 Oktober 2014. 

Untuk pelajar-pelajar lama, Borang Pendaftaran 2015 telah diedarkan kepada semua pelajar di dalam kelas masing-masing. 

Manakala untuk pelajar-pelajar baru, ibubapa boleh mencetak Borang Pendaftaran 2015 di dalam blog ini atau mengambilnya di pejabat MAFIST. 

Borang yang telah siap diisi boleh dihantar ke pejabat MAFIST bermula 1 Oktober 2014.

Sila sertakan sekali 3 keping foto pelajar bersaiz passport dan 1 salinan Mykid atau Sijil Lahir.



Thursday, 12 June 2014

Sambutan Hari Guru

Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Jumaat, 16 Mei 2014. Dua sesi sambutan diadakan. Pada sebelah pagi para pelajar TAFIST meraikan guru-guru mereka di Dewan Orang-ramai, Fasa 12, Presint 9. Pada sebelah petang pula, para pelajar MAFIST bersama-sama guru-guru mereka meraikan Hari Guru di tempat yang sama.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.  Ada persembahan solo dan berkumpulan. Inilah peluang untuk guru-guru menunjukkan bakat masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan pot luck yang dibekalkan oleh ibubapa kepada para pelajar.