Thursday, 12 June 2014

Sambutan Hari Guru

Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru pada hari Jumaat, 16 Mei 2014. Dua sesi sambutan diadakan. Pada sebelah pagi para pelajar TAFIST meraikan guru-guru mereka di Dewan Orang-ramai, Fasa 12, Presint 9. Pada sebelah petang pula, para pelajar MAFIST bersama-sama guru-guru mereka meraikan Hari Guru di tempat yang sama.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.  Ada persembahan solo dan berkumpulan. Inilah peluang untuk guru-guru menunjukkan bakat masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan pot luck yang dibekalkan oleh ibubapa kepada para pelajar.



























MEMO : Penyerahan buku rekod & Masa Pengajian Sepanjang Ramadhan 1435


Wednesday, 4 June 2014

Kem Smart Muslim 2014

MAFIST telah menjalankan program Kem Smart Muslim 2014. Program berlangsung di Melaka Tropical Fruit Farm, Sungai Udang, Melaka daripada 2 hingga 4 Mei 2014.

Antara matlamat program ialah melahirkan anak-anak yang berdisiplin dan ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah swt, memberi kesedaran akan tanggungjawab seorang insan, melatih anak-anak meningkatkan potensi diri, membimbing ke arah penghayatan Islam, membentuk budi pekerti dan akhlak yang baik serta melatih kepimpinan, kematangan berfikir dan semangat berkerjasama.

Seramai 40 pelajar MAFIST daripada tahun 2 hingga tahun 6 menyertai program tersebut. Program dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru MAFIST.  Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar.


















Tuesday, 20 May 2014

Lawatan Kembara Ilmu 2014

TAFIST  telah mengadakan program Lawatan Kembara Ilmu 2014 ke Farm in the City dan kilang Beryl's  Chocolate & Confectionery. Kedua-duanya terletak di Seri Kembangan, Selangor. Pelajar-pelajar tadika 5 dan 6 tahun sahaja yang mengikuti program ini. 3 buah bas Nadi Putra telah disewa untuk ke sana.

Lawatan pada 16 April 2014, hari Rabu. Guru-guru TAFIST menjadi pengiring untuk memastikan semua berjalan lancar. Tak banyak foto diambil di kilang Beryl's sebab tak dibenarkan ambil foto dalam kilang. Tapi foto di Farm in the City memang banyak.

Kilang Beryl's buat coklat. Mereka bagi coklat free sebagai cenderamata. Sedap.  Farm in the City berkonsep "petting zoo". Banyak binatang yang jinak dan boleh dipegang. Ada kambing, kuda, rusa, kura-kura, burung, ayam dan lain-lain. Semua jinak-jinak belaka. Seronok tapi penat berjalan di sana sebab kawasan luas.

Dah penat, berehat, makan dan sembahyang Zuhur di Masjid Uniten. Bila dah petang balik semula ke sekolah. Emak-ayah dah siap menunggu.





















Thursday, 15 May 2014

Takwim 2014 untuk MAFIST

Bismillahirrahmannirrahim 

Ini takwim sepanjang tahun 2014 untuk MAFIST (KAFA petang). Semua program dan aktiviti pelajar yang dirancang sepanjang tahun 2014 dicatatkan di sini. Ini termasuk peperiksaan, kem, program pelajar, cuti sekolah MAFIST dan cuti umum. Program ini adalah yang dirancang oleh pihak sekolah dan mungkin akan ada perubahan tarikh pelaksanaan. Ibubapa boleh rujuk di sini selain daripada takwim yang telah diedarkan kepada setiap pelajar.