Lawatan Tadika tahun 2012 ni ke Melaka. Peserta pelajar tadika 5 dan 6 tahun. Kali dua buah bas di sewa. Naik bas Nadi Putra. Tarikh pergi, 14 Jun 2012. Bertolak 8.00 pagi dari sekolah. Guru pengiring, 7 orang. Melawat 2 tempat, Zoo Melaka di Ayer Keroh dan Kompleks Falak Al Khawarizmi di tanjung Bidara.
Seronok tapi penat. Sampai Putrajaya lewat, pukul 9.00 malam baru sampai. Minta maaf banyak-banyak kepada ibubapa. Ada masalah semasa lawatan. Ada pelajar terpaksa dihantar ke klinik. Tu yang agak lama menunggu tu. Yang lain-lain Alhamdulillah OK. Semua selamat sampai di Putrajaya.
Terima kasih juga kepada abang pemandu bas. Maklumlah anak-anak kami kadang-kadang terlebih excitednya.
Monday, 25 June 2012
Thursday, 21 June 2012
PERTANDINGAN MELUKIS DI BOMBA
Dapat surat jemputan daripada BOMBA, Putrajaya. Pegawai BOMBA hantar sendiri by hand. Jemputan untuk pertandingan melukis Tadika. Tarikh,14 Mei 2012, hari Isnin. Pagi tu, kami dijemput lagi dengan van BOMBA. Sampai sana ramai kanak-kanak dari tadika-tadika lain di Putrajaya.
Kami hantar wakil je. 25 orang pelajar Tadika 5 tahun dan 6 tahun, lelaki dan perempuan. Mereka ni yang memang ada bakat melukis dan mewarna. Harap-harap dapat menang hadiah. Disamping memupuk semangat berusaha dan bersaing.

KEM SMART MUSLIM
Kem ni memang acara tahunan MAFIST. Tahun ni kita pergi Berhulu Camp, Jempol, N9.
Tarikh kem 27 - 29 April 2012, Jumaat hingga Ahad. Tagline kem ..."Membina Kepimpinan Menjana Kesahsiahan".
Peserta kem, pelajar Tahun 3 hingga 6. Macam-macam aktiviti di sana. Ada ceramah, qiamullail, group discussion. Outdoor activities seperti treasure hunt, rentas halangan, jungle tracking. Aktiviti air pun banyak. Ada sorang peserta memang fobia air..............bila dah habis kem, dah hilang fobia tu. Hasil tunjuk ajar staf-staf kem di sana. Terima kasih. Semua happy. Harap perubahan yang diperolehi di sana terus berkekalan. Jangan hangat-hangat tahi ayam.

Subscribe to:
Posts (Atom)