Friday 29 March 2013

Sinar Jumaat: Keutamaan Sabar

Disalin daripada kitab Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin daripada Ihya' Ulumuddin Imam Al-Ghazali oleh Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Damasqi

Keutamaan Sabar

Allah swt telah memberikan berbagai sifat kepada orang-orang yang sabar malahan bab kesabaran ini disebutkan olehNya dalam Al-Quran lebih daripada tujuh puluh tempat. Dalam sekian banyak huraian itu disertakan pula betapa besar kebaikan dan darjat yang diperolehi hasil daripada kesabaran itu. Pelbagai kebaikan dan darjat itu dianggap sebagai hasil dari kelakuan kaum yang sabar.

1. Menjadi Pempimpin :

Ertinya:
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersifat sabar." (As-Sajadah: 24)

2. Menerima pahala:

Ertinya:
"Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl: 96)

3. Memperolehi pahala berganda:

Ertinya:
" Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka." (Al-Qasas: 54)

4. Pahala tidak terbatas:

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Az-Zumar: 10)

Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua amalan soleh itu sudah ditentukan pahalanya menurut kadar dan hitungan yang tertentu kecuali beberapa amalan sahaja, di antaranya ialah kelakuan sabar sebagaimana yang tertera dalam ayat di atas.

5. Sentiasa didampingi Allah:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153)

6. Dikurniakan dengan pelbagai kebaikan secara berterusan dan tidak diberikan kepada orang lain:

Ertinya:
"Mereka ialah orang-orang yang dilimpahkan dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang keutamaan sifat sabar, di antaranya ialah:

Ertinya:
"Sabar adalah separuh daripada keimanan." (Diriwayat oleh Abu Na'im dan Khatib)

Suatu ketika Baginda saw ditanya tentang keimanan, lalu Baginda menjawab:

Ertinya:
"Keimanan ialah bersifat sabar dan berlapang dada (toleransi)." (Diriwayatkan oleh Thabrani)



Friday 22 March 2013

KURSUS INTENSIF BACALAH ANAKKU 24 MAC 2013

Assalamualaikum wbt

Apa khabar para ibu bapa yang dikasihi Allah dan Rasul sekalian. Bertemu kita dalam entry kali ini...

Insya Allah, minggu ni Tadika Islam Muhammad Al-Fateh akan menganjurkan satu program khas untuk ibubapa bagi membantu anak-anak kita dalam membaca.

Ohya, untuk makluman..tadika kami menggunakan buku BACALAH ANAKKU keluaran READNETWORK. Buku ini menggunakan KAEDAH FONETIK atau mudahnya membunyikan suku kata tanpa anak-anak murid sekalian perlu mengeja. Ha..Apa yang menariknya kaedah ni? 

Dulu masa di sekolah, cikgu-cikgu kita akan ajar mengeja sebelum boleh sebut sesuatu perkataan, tetapi sekarang dengan menggunakan kaedah Fonetik atau kaedah membunyikan suku kata ini, pembacaan menjadi cepat dan majoriti yang pernah menggunakan kaedah ini memberi respon positif terhadap tahap pembacaan anak masing-masing. Kaedah ini sama dengan kaedah IQRA yang diamalkan sekarang, bunyikan huruf tanpa perlu mengeja...

Nak tahu lebih lanjut? Ha...

Para ibubapa sekalian jemputlah hadir ke KURSUS INTENSIF BACALAH ANAKKU untuk kita sama-sama  memahami dan mendalami kaedah Bacalah Anakku. Program ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah dan penceramah yang dijemput juga merupakan 'orang kuat' untuk buku ini...
KURSUS INTENSIF BACALAH ANAKKU

24 Mac 2013 (Ahad)

8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Dewan Serbaguna Presint 9, Fasa 12, Putrajaya
(bersebelahan surau Al Husna Fasa 12)

Program ini merupakan kali kedua yang diadakan oleh pihak sekolah. Alhamdulillah, respon ibubapa yang hadir pada tahun lepas juga sangat baik. Ramai yang mengakui baru pertama kali mengetahui kaedah ini. Jadi, apa lagi? Jom para ibubapa sekalian... kita jumpa di sana. Insya Allah =) 

p/s : Mohon kerjasama ibubapa sekalian untuk tidak membawa anak-anak kecil bagi memastikan perjalanan program ini. Terima kasih semua...

Thursday 21 March 2013

Sinar Jumaat : Keutamaan Budi Pekerti Yang Baik

Disalin daripada kitab Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin daripada Ihya' Ulumuddin Imam Al-Ghazali oleh Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Damasqi

Keutamaan Budi Pekerti Yang Baik Dan Keburukan Budi Pekerti Yang Buruk

Allah swt telah berfirman, sebagai pujian kepada Nabi Muhammad saw serta untuk memperlihatkan kenikmatan yang telah dilimpahkan kepadanya, iaitu :

Ertinya:
"Bahawasanya sesungguhnya engkau (wahai Muhammad), mempunyai akhlak yang sangat mulia."
                                                                                                                                         (Al-Qalam: 4)
Aisyah r.a. meriwayatkan sebuah hadith:

Ertinya:
"Budi pekerti Rasulullah saw adalah Al-Quran."
                                         (Diriwayatkan oleh Muslim)

Rasulullah saw sendiri pernah menyatakan dalam sabdanya:

Ertinya:
"Bahawasanya aku ini diutus untuk menyempurnakan kebaikan budi pekerti."
                                                           (Diriwayatkan oleh Ahmad, Hakim dan Baihaki)

Baginda bersabda:

Ertinya:
"Agama adalah kebaikan budi pekerti."
                                (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Nashr Al-Maruzi)

Suatu ketika Baginda saw ditanya, apakah dianggap sebagai kecelakaan itu? Baginda saw lalu menjawab:

Ertinya:
"Iaitu budi pekerti yang buruk."
                             (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Baginda bersabda lagi:

Ertinya:
"Takutlah kepada Allah di mana sahaja engkau berada dan ikutlah suatu keburukan itu dengan kebaikan, maka kebaikan itu dapat menghapus keburukan tadi, juga bergaullah dengan seluruh manusia dengan budi pekerti yang bagus."
                                                                   (Diriwayatkan oleh Tirmidzi)

Pada suatu ketika nabi Muhammad saw diberitahu bahawa ada seorang wanita yang suka berpuasa pada siang harinya, mempunyai budi pekerti yang buruk dan suka mengganggu tetangganya dengan ucapannya. Demi mendengar itu Rasulullah saw lalu bersabda:

Ertinya:
"Wanita itu tidak ada kebaikan padanya sama sekali dan ia termasuk golongan penghuni neraka."
                                                                                                       (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)

Rasulullah saw bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah mensucikan agama ini untuk ZatNya sendiri dan tidak selayaknya agama itu melainkan sifat pemurah dan akhlak yang baik. Maka hiasilah agamamu itu dengan kedua sifat tadi."
     (Diriwayatkan oleh Daruquthni dan Kharaithi)

Ketika Rasulullah saw ditanya, manakah di antara kaum mukminin itu yang terbaik keimanannya, maka Baginda saw menjawab:

Ertinya:
"Ialah yang terbaik budi pekertinya di antara mereka itu."
                                                                   (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain)

Baginda saw bersabda lagi:

"Sesungguhnya kamu semua tidak dapat bergaul dengan para manusia itu hanya dengan hartamu sahaja, maka bergaullah dengan mereka itu dengan wajah berseri-seri serta budi pekerti yang baik."
                                                                                    (Diriwayatkan oleh Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)

Dan sabdanya lagi:

"Hai Abu Dzar, tidak ada akal (yang bermanfaat) seperti memikirkan dan tidak ada usaha (yang berguna) seperti baiknya budi pekerti."
                                                       (Diriwayatkan oleh Baihaki dan Ibnu Hibban)

Hassan berkata: "Perumpamaan budi pekerti yang buruk adalah bagaikan benda dari tanah liat yang sudah pecah, tidak dapat diperbaiki (ditampal) dan tidak pula dapat dijadikan tanah liat kembali."

Fudhail berkata: "Sebenarnya kalau saya ini berkawan dengan orang derhaka, tetapi baik budi pekertinya, adalah lebih baik bagiku daripada berkawan dengan seorang ahli ibadat, tetapi buruk budi pekertinya."


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Siru ala barakatillah







TAKWIM 2013 (Mafist & Tafist)

Berikut adalah Takwim 2013. Ibubapa boleh merujuk takwim ini untuk program-program di  Mafist & Tafist sepanjang tahun 2013. Sebarang perubahan di dalam takwim tersebut akan kami maklumkan melalui memo yang dititipkan melalui pelajar. InsyaAllah.