Disalin daripada kitab Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin daripada Ihya' Ulumuddin Imam Al-Ghazali oleh Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Damasqi
Keutamaan Sabar
Allah swt telah memberikan berbagai sifat kepada orang-orang yang sabar malahan bab kesabaran ini disebutkan olehNya dalam Al-Quran lebih daripada tujuh puluh tempat. Dalam sekian banyak huraian itu disertakan pula betapa besar kebaikan dan darjat yang diperolehi hasil daripada kesabaran itu. Pelbagai kebaikan dan darjat itu dianggap sebagai hasil dari kelakuan kaum yang sabar.
1. Menjadi Pempimpin :
Ertinya:
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersifat sabar." (As-Sajadah: 24)
2. Menerima pahala:
Ertinya:
"Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl: 96)
3. Memperolehi pahala berganda:
Ertinya:
" Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka." (Al-Qasas: 54)
4. Pahala tidak terbatas:
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Az-Zumar: 10)
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua amalan soleh itu sudah ditentukan pahalanya menurut kadar dan hitungan yang tertentu kecuali beberapa amalan sahaja, di antaranya ialah kelakuan sabar sebagaimana yang tertera dalam ayat di atas.
5. Sentiasa didampingi Allah:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153)
6. Dikurniakan dengan pelbagai kebaikan secara berterusan dan tidak diberikan kepada orang lain:
Ertinya:
"Mereka ialah orang-orang yang dilimpahkan dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang keutamaan sifat sabar, di antaranya ialah:
Ertinya:
"Sabar adalah separuh daripada keimanan." (Diriwayat oleh Abu Na'im dan Khatib)
Suatu ketika Baginda saw ditanya tentang keimanan, lalu Baginda menjawab:
Ertinya:
"Keimanan ialah bersifat sabar dan berlapang dada (toleransi)." (Diriwayatkan oleh Thabrani)
No comments:
Post a Comment