TEMAN 2012 berlangsung pada Sabtu, 14 Julai 2012. Mula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari lebih kurang.
Buat di tempat biasa, Padang Pusat Kejiranan Presint 9 yang ada kolam renang kanak-kanak tu. Dekat, semua orang pun tau, parking je la susah sikit.
Parents mula daftar 8.00 pagi. Mula acara 8.30 pagi. Cuaca elok, ada mendung sikit-sikit, angin sepoi-sepoi bahasa. Alhamdulillah. Kerusi parents bawah pokok, memang sesuai.
Satu khemah sebelah kanan, satu lagi khemah sebelah kiri. Acara sukaneka di tengah-tengah. Acara futsal dan captain ball jauh sikit di tengah padang.
Anak-anak semua happy, ibubapa pun sporting. Ramai yang join acara melibatkan ibubapa.