Thursday 19 July 2012

Temasya Sukan TEMAN 2012

Sukaneka tadika tahun ni kami namakan Temasya Sukan atau ringkasnya TEMAN 2012. Kalau tahun dulu-dulu hanya pelajar tadika 4 hingga 6 tahun terlibat, kali ini pelajar MAFIST tahun 1 & 2 terlibat sama. Lagi ramai lagi meriah.

TEMAN 2012 berlangsung pada Sabtu, 14 Julai 2012. Mula 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari lebih kurang.

Buat di tempat biasa, Padang Pusat Kejiranan Presint 9 yang ada kolam renang  kanak-kanak tu. Dekat, semua orang pun tau, parking je la susah sikit.

Parents mula daftar 8.00 pagi. Mula acara 8.30 pagi. Cuaca elok, ada mendung sikit-sikit, angin sepoi-sepoi bahasa. Alhamdulillah. Kerusi parents bawah pokok, memang sesuai.

Satu khemah sebelah kanan, satu lagi khemah sebelah kiri. Acara sukaneka di tengah-tengah. Acara futsal dan captain ball jauh sikit di tengah padang.

Anak-anak semua happy, ibubapa pun sporting. Ramai yang join acara melibatkan ibubapa. 

























No comments:

Post a Comment