Tuesday 20 May 2014

Lawatan Kembara Ilmu 2014

TAFIST  telah mengadakan program Lawatan Kembara Ilmu 2014 ke Farm in the City dan kilang Beryl's  Chocolate & Confectionery. Kedua-duanya terletak di Seri Kembangan, Selangor. Pelajar-pelajar tadika 5 dan 6 tahun sahaja yang mengikuti program ini. 3 buah bas Nadi Putra telah disewa untuk ke sana.

Lawatan pada 16 April 2014, hari Rabu. Guru-guru TAFIST menjadi pengiring untuk memastikan semua berjalan lancar. Tak banyak foto diambil di kilang Beryl's sebab tak dibenarkan ambil foto dalam kilang. Tapi foto di Farm in the City memang banyak.

Kilang Beryl's buat coklat. Mereka bagi coklat free sebagai cenderamata. Sedap.  Farm in the City berkonsep "petting zoo". Banyak binatang yang jinak dan boleh dipegang. Ada kambing, kuda, rusa, kura-kura, burung, ayam dan lain-lain. Semua jinak-jinak belaka. Seronok tapi penat berjalan di sana sebab kawasan luas.

Dah penat, berehat, makan dan sembahyang Zuhur di Masjid Uniten. Bila dah petang balik semula ke sekolah. Emak-ayah dah siap menunggu.





















No comments:

Post a Comment