Sunday 5 April 2015

Lawatan pelajar-pelajar TAFIST ke BOMBA, Putrajaya

Pelajar-pelajar TAFIST 4, 5 dan 6 tahun diiringi oleh guru-guru tadika telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat, Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia. Tarikh lawatan, 11 Mac 2015, Rabu. Seramai lebih daripada 150 pelajar menyertai lawatan tersebut. 

Awal-awal pagi pelajar telah bersedia untuk menaiki bas BOMBA untuk ke sana. Seronok mereka menyertai aktiviti luar. Selain penerangan daripada pegawai-pegawai BOMBA, para pelajar juga melakukan aktiviti-aktiviti mencegah dan menghadapi kebakaran. Macam-macam aktiviti mereka buat. Lihat foto-foto di bawah. 

Terima kasih banyak-banyak kepada Jabatan BOMBA dan semua pegawai-pegawai BOMBA yang terlibat kerana sudi menjemput dan melayan kami. Banyak ilmu yang kami dapat. Pelajar-pelajar seronok, cikgu-cikgu pun sama. 



















No comments:

Post a Comment